PENUTUPAN SISTEM BLESS BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

Pelanggan BLESS yang dihargai,

Kami ingin memaklumkan BLESS akan terlibat dengan kerja-kerja Penutupan Bekalan Kuasa Elektrik (Supply Power Shutdown)  yang akan menjejaskan server sistem BLESS.

Sehubungan dengan itu, sistem BLESS akan ditutup MULAI 9 NOVEMBER 2018 HINGGA 23 NOVEMBER 2018. Semua capaian ke sistem juga tidak dapat dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan itu, adalah dipohon kerjasama semua pelanggan BLESS untuk membuat permohonan lesen / pembaharuan lesen lebih awal (bagi lesen yang akan tamat hingga 30 November 2018) sebelum tempoh yang dinyatakan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.