Panduan Pengguna Aplikasi Mobile MyBLESS

1. PENGENALAN

Aplikasi Mobile BLESS iaitu MyBLESS terdiri daripada 3 modul utama yang menyediakan kemudahan kepada pengguna (Pegawai Agensi dan Pemohon) seperti berikut:

 

A. Modul Semakan Pantas

Kemudahan untuk menyemak maklumat permohonan dan maklumat lesen.

B. Modul Pengumuman

Kemudahan untuk menyemak pengumuman atau berita-berita semasa berkaitan BLESS.

 C. Modul Jadual Latihan

Kemudahan untuk menyemak maklumat latihan yang dianjurkan kepada pengguna.

 

Kesemua modul utama ini terdapat pada Laman Utama Aplikasi MyBLESS.

 

2. PANDUAN/ LANGKAH MENGGUNAKAN MODUL UTAMA

 

A. Modul Semakan Pantas

1) Pada paparan Laman Utama Aplikasi MyBLESS, pengguna boleh melakukan carian pada Menu Semakan Pantas melalui pilihan-pilihan berikut :

i) Carian menggunakan Pendaftaran Syarikat atau ID Pemohon yang didaftarkan di Aplikasi BLESS.

Contoh No. Pendaftaran Syarikat: 123456-U

Contoh ID Pemohon:

  • Kad Pengenalan : 810918019899 atau
  • Emel : doe@mail.com atau
  • Passport : A123456

 

ii) Carian menggunakan Lesen atau No. Serahan BLESS (No. BL) dengan klik pada ikon

  • Contoh No. Lesen: 11234-1/09-2021/0001
  • Contoh No. Serahan BLESS (No. BL) : BL22021026789

 

     

2) Kedua-dua ruangan ini adalah WAJIB Kemudian, klik pada butang SEMAK.

3) Paparan seterusnya menunjukkan perincian berkaitan maklumat permohonan dan maklumat lesen berdasarkan pilihan yang telah dikunci masuk di laman utama.

 

Keterangan berkaitan maklumat yang dipaparkan:

  • Nama Lesen

Nama Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dimohon melalui Aplikasi BLESS.

  •  No. Lesen

Nombor yang dijana atau diberikan bagi Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dimohon melalui Aplikasi BLESS.

  • No. Serahan BLESS (No. BL)

Nombor yang dijana secara automatik oleh Aplikasi BLESS bagi setiap permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dihantar melalui Aplikasi BLESS.

  • Kategori Pemohon

Jenis pemohon yang dibenarkan untuk memohon Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil melalui Aplikasi BLESS. Kategori pemohon ini terdiri daripada:

  1. Individu;
  2. Syarikat;
  3. Perniagaan;
  4. Pertubuhan;
  5. Koperasi; atau
  6. Agensi;

 

  • Nama Pemohon

Nama berdasarkan Kategori Pemohon yang melaksanakan permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil melalui Aplikasi BLESS.

  • No. Pendaftaran

Nombor bagi entiti organisasi yang didaftarkan berdasarkan Kategori Pemohon, yang digunakan untuk melaksanakan permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil melalui Aplikasi BLESS. Contoh:

– Individu: No. Kad Pengenalan/ Emel/ No. Passport

– Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Agensi : 123456-W

 

  • Jenis Permohonan

Jenis permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dilakukan melalui Aplikasi BLESS, seperti berikut:

  1. Baru
  2. Pembaharuan Tanpa Pindaan
  3. Pembaharuan Dengan Pindaan
  4. Pindaan
  5. Pembatalan
  6. Cetakan Lesen

 

  • Status Permohonan

Status bagi permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang telah dikemukakan melalui Aplikasi BLESS. Terdapat lapan (8) status permohonan seperti berikut:

No. Status Permohonan Keterangan
1 Sedang Diproses Permohonan yang dihantar sedang diproses oleh agensi.
2 Dibatalkan: Ditolak oleh Agensi Permohonan yang ditolak/ dibatalkan oleh agensi pada peringkat awal permohonan.
3 Dibatalkan: Permintaan dari Pemohon Permohonan pembatalan yang dibuat oleh pemohon.
4 Request to Amend/ Request Feedback Pegawai pemproses agensi memohon pindaan/ maklumbalas daripada pemohon.
5 KIV Permohonan Proses permohonan telah ditangguhkan oleh agensi.
6 Selesai Diproses Permohonan yang dihantar telah selesai diproses agensi.
7 Ditolak Permohonan yang dihantar telah ditolak oleh agensi di peringkat akhir kelulusan permohonan.
8 Diluluskan Permohonan yang dihantar telah diluluskan oleh pegawai pelulus di agensi.

 

  • Tarikh Permohonan Dihantar

Tarikh pemohon menghantar permohonan melalui Aplikasi BLESS.

 

  • Tarikh Kelulusan Permohonan

Tarikh permohonan diluluskan oleh agensi.

 

  • Status Lesen

Status bagi Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang telah dikeluarkan. Terdapat empat (4) status lesen seperti berikut:

 

No. Status Lesen Keterangan
1 Aktif Lesen berada dalam tempoh kuatkuasa.
2 Tamat Tempoh Lesen telah melebihi tempoh kuatkuasa.
3 Sedang Diproses Lesen sedang diproses oleh agensi.
4 Dibatalkan Lesen telah dibatalkan oleh agensi.

 

  • Tarikh Kuatkuasa Lesen

Tarikh lesen mula berkuatkuasa.

  • Tarikh Luput Lesen

Tarikh tamat tempoh lesen. 

  • Tarikh Maklumat Dikemaskini

Tarikh terkini berdasarkan tindakan oleh agensi.

 

B. Modul Pengumuman

1) Paparan pengumuman adalah pada Laman Utama Aplikasi MyBLESS. Semakan pengumuman juga boleh dibuat dengan klik pada Papar Semua.

 

2) Setelah klik Papar Semua, pemohon boleh memilih 2 bentuk paparan sama ada Senarai atau Grid.

         

Paparan Senarai                                          Paparan Grid

 

3) Klik pada mana-mana pengumuman untuk melihat keterangan penuh pengumuman tersebut.

 

4)   Klik pada simbol   untuk kembali ke Laman Utama.

 

C. Modul Jadual Latihan

1) Untuk melihat senarai latihan yang dianjurkan, klik pada Jadual Latihan pada Laman Utama.

 

2)  Keterangan berkaitan sesi latihan akan dipaparkan (Tajuk Latihan, Tarikh Latihan dan Status Latihan). Klik pada mana-mana Tajuk Latihan bagi memaparkan maklumat penuh berkaitan latihan tersebut.

 

3)  Maklumat penuh berkaitan latihan akan dipaparkan seperti berikut:

 

4)  Klik simbol   untuk kembali ke Laman Utama.

 

D. Menu-Menu Lain Pada Aplikasi MyBLESS

Menu-menu lain serta informasi berkaitan juga boleh didapati pada Side Menu Aplikasi MyBLESS.