Tuan/Puan,

Bagi menambahbaik serta untuk mengukur prestasi perkhidmatan sistem dan juga meja bantuan BLESS, tuan/puan adalah dijemput untuk menjawab KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BLESS seperti di pautan https://bit.ly/blesskajiselidik.

Soal selidik ini juga akan dijadikan sebagai platform untuk mendapatkan maklum balas terhadap tahap kepuasan pelanggan berkenaan perkhidmatan BLESS. Seterusnya, hasil kajian ini akan digunakan sebagai asas bagi meningkatkan mutu sistem dan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh BLESS.

Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menjawab soal selidik ini.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.