Sebagai mana keputusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), permohonan Sijil Perakuan Bomba di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah ditamatkan berkuatkuasa 4 Jun 2021.

Walau bagaimanapun, semua permohonan yang telah dikemukakan sebelum atau pada 4 Jun 2021, akan diteruskan pemprosesan oleh JBPM Cawangan Negeri masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cawangan Perakuan Bomba, Ibu Pejabat JBPM di talian 03-88927704 / emel rosdan.kob@bomba.gov.my atau hubungi JBPM Cawangan Negeri di mana permohonan dilaksanakan.

Sekian, harap maklum.