Selaras dengan pengumuman terkini kerajaan berkaitan arahan Bekerja Dari Rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, Kaunter Khidmat Pelanggan BLESS ditutup kepada perjumpaan secara fizikal (walk-in) mulai 17 Mei 2021 (Isnin) sehingga tamat tempoh PKP.

Untuk bantuan berkenaan Sistem BLESS, boleh terus melalui;

  1. Emel:
    • bless1.0@medac.gov.my
    • bless2.0@medac.gov.my
  2. Talian telefon: 1300-88-1020

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.