Adalah dimaklumkan pendaftaran pengguna baharu Sistem BLESS sedang mengalami gangguan susulan masalah teknikal Sistem MyIDENTITY, Jabatan Pendaftaran Negara.

 

Masalah teknikal Sistem MyIDENTITY yang diintegrasikan bersama Sistem BLESS menyebabkan pemohon tidak berjaya membuat pendaftaran individu bagi melaksanakan permohonan lesen. Walau bagaimanapun, pemohon sedia ada di Sistem BLESS adalah tidak terjejas dengan masalah ini.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Meja Bantuan BLESS di talian 1-300-88-1020 atau emelkan kepada bless1.0@medac.gov.my / bless2.0@medac.gov.my.