Bahagian BLESS telah turut serta dalam program Minggu Usahawan Nasional yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 29 Ogos hingga 1 September 2019. Penyertaan BLESS dalam program tersebut adalah bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pemohon yang menghadapi masalah berkaitan permohonan mereka terutamanya kepada pemohon di kawasan Lembah Klang. Pelaksanaan program ini adalah menerusi kaedah pameran di booth yang disediakan oleh pihak penganjur. Selain daripada menjawab persoalan/isu (teknikal dan lain-lain) yang dibangkitkan oleh pengunjung berkaitan dengan BLESS, booth tersebut juga menerima permohonan baharu dan juga pembaharuan
lesen/permit perniagaan.

http://www.bless2.gov.my/wp-content/uploads/2019/10/MUN-Portal.pdf