1-300-88-1020 bless1.0@med.gov.my
Anda disini:
< Laman Carian Maklumat

FUNGSI AGENSI :

TEKUN Nasional merupakan sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

[toggle title=”VISI”]Sebagai institusi peneraju pembiayaan mikro yang unggul.[/toggle]

[toggle title=”MISI”]Melahirkan dan membangunkan usahawan melalui pembiayaan mikro kredit yang mudah di akses.[/toggle]

[toggle title=”Objektif”]

  1. Menyediakan pembiayaan mikro yang mudah, cepat dan mesra usahawan.
  2. Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada usahawan TEKUN.
  3. Mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan.
  4. Memupuk budaya keusahawanan dan menabung di kalangan usahawan.
  5. Memastikan pembiayaanyang dikeluarkan dapat dikutip semula mengikut jadual agar dapat disalurkan semula kepada usahawan lain.

[/toggle]

SOALAN LAZIM(FAQ) AGENSI :

[toggle title=”Apakah syarat asas pembiayaan TEKUN Nasional ?”]

Bumiputera dan warganegara Malaysia

  1. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  2. Pemohon bukan seorang muflis
  3. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  4. Mempunyai lesen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  6. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  7. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.

Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000

  1. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  2. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)

[/toggle]

[toggle title=”Saya mempunyai perniagaan sendiri dan mempunyai lesen / pendaftaran perniagaan sendiri tetapi berniaga menumpang di premis rakan / keluarga. Adakah saya layak untuk mendapatkan pembiayaan TEKUN?”]Layak. Tuan/Puan perlu mengemukakan surat kebenaran atau perjanjian sewa premis berkenaan.[/toggle]

[toggle title=”Dimanakah saya boleh dapatkan borang permohonan pembiayaan TEKUN Nasional ?”]Anda boleh mendapatkan borang permohonan pembiayaan TEKUN Nasional dimana-mana pejabat TEKUN kawasan atau dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional.[/toggle]

[toggle title=”Saya sedang membayar balik pembiayaan pertama. Bolehkah saya mengeluarkan keseluruhan simpanan saya ?”]Tidak boleh. Simpanan tuan/puan hanya boleh dikeluarkan setelah bayaran balik pembiayaan dijelaskan sepenuhnya, kecuali pengeluaran simpanan disebabkan bencana alam, perubatan kronik, menunaikan haji dan melanjutkan pelajaran ke IPT.[/toggle]

[toggle title=”Saya adalah pemandu teksi. Bolehkan saya memohon pembiayaan TEKUN Nasional untuk membuat pembayaran baki kepada syarikat teksi ?”]Boleh dipertimbangkan.[/toggle]

[toggle title=”Sekiranya nama saya ”blacklist”, adakah saya layak membuat permohonan pembiayaan TEKUN  Nasional?”]Boleh dipertimbangkan.[/toggle]

[toggle title=”Apakah tujuan insuran takaful ?”]Insuran takaful bertujuan untuk melunaskan baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan dalam tempoh bayaran balik pembiayaan tersebut. Selain itu waris juga menerima wang khairat kematian sebanyak RM 1,000.00 (potongan wajib kepada semua peminjam)[/toggle]

[toggle title=”Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya peminjam tidak dapat menyelesaikan pembiayaan?”]TEKUN Nasional akan membuat tuntutan sehingga bayaran di jelaskan sepenuhnya. Tindakan undang-undang juga akan diambil sekiranya peminjam engkar membuat bayaran seperti yang dipersetujui di dalam surat perjanjian pembiayaan.[/toggle]

[toggle title=”Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan TEKUN Nasional?”]Tempoh bayaran balik pembiayaan TEKUN adalah diantara 6 bulan sehingga 10 tahun. (mengikut had pembiayaan)[/toggle]

[toggle title=”Sekiranya saya ingin memohon pembiayaan TEKUN Nasional, berapakah had pembiayaan yang boleh saya pohon ?”]Tuan/puan boleh memohon pembiayaan TEKUN daripada RM 1,000.00 sehingga RM 100,000.00[/toggle]

[toggle title=”Saya masih mempunyai baki pembiayaan dengan salah sebuah institusi kewangan yang berjumlah RM 25,500.00. Adakah saya masih boleh memohon pembiayaan TEKUN Nasional?”]Layak. Pemohon yang mempunyai baki pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.00 layak memohon pembiayaan TEKUN Nasional.[/toggle]

[toggle title=”Dimanakah sepatutnya saya menghantar permohonan saya ? Adakah di kawasan rumah atau di kawasan saya berniaga ?”]Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan / projek anda.[/toggle]

FAQ Ar-Rahnu TEKUN Nasional

[toggle title=”Penerangan Produk?”]

  1. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?
  • Qardh Diguna pakai dalam pembiayaan gadaian kepada pelanggan.
  • Rahn Pelanggan mencagarkan Emas kepada AR RAHNU TEKUN untuk tujuan cagaran pinjaman.
  • Wadiah Yad Dhamanah Diguna pakai ketika AR RAHNU TEKUN menyimpan Emas.
  • Fi penyimpanan dikenakan ke atas pelanggan untuk memastikan barang gadaian dalam keadaan baik dan selamat.
  • Ujrah Upah simpanan emas yang dikenakan kepada pelanggan mengikut nilainya dan tempoh simpanan
  1. Apakah yang boleh saya perolehi daripada produk ini?
  • AR RAHNU TEKUN ialah satu cara mudah untuk memperolehi pembiayaan dengan hanya memberikan barangan emas / barang kemas sebagai cagaran di mana AR RAHNU TEKUN Nasional akan mengenakan fi penyimpanan yang berpatutan.
  1. Apakah fi dan upah gadaian yang perlu saya bayar?
  • Upah simpan ( Ujrah ) bagi barang gadaian RM0.50* setiap RM100.00 nilai marhun
  1. Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman?
  • Pembayaran balik pembiayaan boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang.
  1. Bagaimanakah saya akan menerima pinjaman/wang hasil dari gadaian?
  • Pembiayaan dari hasil gadaian akan dibayar secara tunai di kaunter AR RAHNU TEKUN.
  • Tuan perlu menyimpan resit gadaian bagi tebusan dan bayaran balik pembiayaan.

[/toggle]

FAQ Program Dana Khas

[toggle title=”Penerangan Produk?”]

Program Pembiayaan Agropreneur Muda

TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk membantu belia yang terlibat dengan aktiviti Pertanian dan Industri Asas Tani.

Syarat Kelayakan Asas

Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.

Syarat Kelayakan Tambahan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun sahaja;
  • Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 6 bulan ( telah mendapat hasil )
  • Pembiayaan untuk pengembangan / pembesaran projek sahaja
  • Pemohonan perlu mendapat sokongan daripada Jabatan / Agensi pembimbing di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pembiayaan sehingga RM 50,000 sahaja.
  • Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
  • Sumbangan Tabung Pengurusan yang dikenakan adalah sebanyak 2% setahun.
  • Simpanan wajib 5% setahun

Pemantauan pelaksanaan projek secara bersama oleh TEKUN & Jabatan / Agensi Pembimbing di bawah MOA.

[/toggle]

FAQ Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)

[toggle title=”Penerangan Produk?”]

TEKUN Nasional menyediakan program pembiayaanuntuk membantu golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian / telah bekerja dan berminat untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal.

Syarat Kelayakan Asas

Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.

Syarat Kelayakan Tambahan

  • Mempunyai Diploma / Ijazah / Ijazah Lanjutan. Tempoh sah laku 10 tahun.
  • Berumur 18 – 40 tahun sahaja.

Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pembiayaan sehingga RM 50,000 sahaja
  • Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
  • Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
  • Simpanan wajib 5% setahun
  • Perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) dibenarkan.
  • Maksima 3 orang rakan kongsi dikalangan siswazah boleh memohon pembiayaanTEKUN Nasional untuk tujuan perniagaan syarikat tersebut.
  • Jumlah keseluruhan maksima pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah RM150,000.00 (maksima RM50,000 setiap seorang rakan kongsi.

[/toggle]

FAQ Program Pembiayaan Nelayan / Pemasaran

[toggle title=”Penerangan Produk?”]

TEKUN Nasional menyediakan program pembiayaan untuk membantu golongan nelayan yang memerlukan modal bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti perikanan yang dirancang serta untuk membantu mengurangkan dan memerangi orang tengah melalui pengambil alihan hutang nelayan.

TEKUN Naisonal telah menyediakan pembiayaan kepada golongan nelayan ini dalam 4 aktiviti iaitu:

  • Menyelesaikan Hutang Daripada Orang Tengah
  • ( Pembiayaanakan disalurkan terus kepada Orang Tengah )
  • Membeli Input & Peralatan Kelengkapan ( Sampan, Enjin & Pukat )
  • Penternakan Ikan Dalam Sangkar ( Akuakultur )
  • PembiayaanKepada Isteri Nelayan Untuk Aktiviti Yang Boleh Menjana & Menambah Pendapatan

Syarat Kelayakan Asas

Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaan TEKUN sedia ada.

Syarat Kelayakan Tambahan

  • Menjalankan sendiri aktiviti nelayan
  • Memiliki lesen nelayan (Keutamaan adalah kepada ahli Persatuan Nelayan)
  • Mempunyai bot / perahu

Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pembiayaansehingga RM 50,000 sahaja
  • Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
  • Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
  • Simpanan wajib 5% setahun

[/toggle]

FAQ  Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera ( SPBT )

[toggle title=”Penerangan Produk?”]

TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk membantu bekas anggota tentera dan juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Syarat Kelayakan Asas

Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.

Syarat Kelayakan Tambahan

  • Buku Perkhidmatan ATM
  • Terdiri daripada bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen
  • Pasangan dan Anak di kalangan bekas tentera boleh dipertimbangkan

Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pembiayaan sehingga RM100,000 bagi Bekas Tentera Yang Berpencen Dan Tidak Berpencen
  • Tempoh Bayaran Balik sehingga 10 tahun @ 120 bulan
  • Jumlah Pembiayaansehingga RM50,000 bagi Pasangan dan Anak di kalangan bekas tentera
  • Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan
  • Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun

[/toggle]

FAQ  Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera

[toggle title=”Penerangan Produk?”]

TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk menggalakkan golongan profesional menceburi bidang perniagaan yang mengamalkan ( practice ) atau menjalankan perniagaan berlainan dari bidang kemahiran untuk memulakan perniagaan atau sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.

Syarat Kelayakan Asas

Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.

Syarat Kelayakan Tambahan

  • Berumur 18 – 50 tahun sahaja.
  • Berdaftar dengan Badan Profesional yang diiktiraf di Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya pendidikan tahap Ijazah atau setaraf.
  • Modal Berbayar tidak melebihi RM300,000.

Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pembiayaansehingga RM100,000
  • Tempoh Bayaran Balik sehingga 10 tahun @ 120 bulan
  • Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
  • Simpanan wajib 5% setahun
  • Perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) dibenarkan.
  • Rakan kongsi boleh dipertimbangkan ( maksima 3 orang per syarikat )
  • Jumlah keseluruhan maksima pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah RM300,000.00 (maksima RM100,000 setiap seorang rakan kongsi).
  • Simpanan wajib 5% setahun
  • Proses kelulusan adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.

[/toggle]

Maklumat Kami

[toggle title=”Lokasi?”]

TEKUN NASIONAL
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
T5-01-01, Menara 5,
Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),
57000 Bandar Tasik Selatan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon : 03 – 9059 8888
No Faks : 03 – 9059 9292
e-mel : mailbox@tekun.gov.my
  @tekunasional

[/toggle]

 

Tukar Saiz
Kadar Terang