1-300-88-1020 atau 03-88923458 bless@icu.gov.my

Program Business Licenses Outreach

Program Business Licenses Outreach 2018 merupakan salah satu daripada inisiatif (Inisiatif Ke-20) yang telah digariskan dalam Pelan Hala Tuju BLESS 2018-2020, secara spesifiknya diletakkan di bawah Teras Strategik 4 -Pembangunan Kompetensi.

Penganjuran Program Business Licenses Outreach 2018 dibuat secara berkolaboratif dengan Pihak Berkuasa Melesen berteraskan pencapaian objektif utama seperti berikut:

  • Menyediakan platform bagi pelaksanaan konsultasi dan latihan pengukuhan setempat oleh Pihak-pihak Berkuasa Melesen dan kepada pelanggan serta oleh Bahagian BLESS ICU kepada pegawai fokal/ frontliners di Pihak Berkuasa Melesen berkaitan dengan permohonan lesen perniagaan;
  • Menyebarluas maklumat mengenai perniagaan dan keperluan permohonan lesen menerusi BLESS bagi meningkatkan lagi jumlah permohonan lesen perniagaan Persekutuan; dan
  • Mengeratkan hubungan kerjasama dan kolaboratif antara Bahagian BLESS ICU JPM, Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), agensi pusat, agensi penyedia pembiayaan dan Pihak Berkuasa Melesen (PBM) khususnya di peringkat negeri serta cawangan di negeri dalam pelaksanaan program BLESS.
Tukar Saiz
Kadar Terang