1-300-88-1020 bless1.0@med.gov.my

Pada 11 Oktober 2018, BLESS telah menyertai Konvensyen Kebangsaan Mengenai Amalan Baik Peraturan-Peraturan Pengawalseliaan (GRP – Good Regulatory Practice) yang telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia dan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail.

Konvensyen tahunan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Memodenkan Pengawalseliaan Perniagaan. Ianya disertai oleh pembuat dasar, agensi pengawalseliaan, pakar-pakar dari dalam dan luar Negara serta sektor swasta. Tujuan diadakan adalah untuk menekankan kepentingan Amalan Baik Peraturan-Peraturan Pengawalseliaan kepada pembuat dasar terutamanya dalam memastikan kualiti dasar dan peraturan yang digubal. Selain itu juga, ianya dapat memberikan kefahaman terhadap impak positif yang diberikan oleh peraturan yang baik kepada ekonomi dan produktiviti di Malaysia. Konvensyen ini juga menunjukkan contoh berkenaan amalan terbaik daripada organisasi luar yang mengamalkan Amalan Baik Peraturan-Peraturan Pengawalseliaan.

 

   

Tukar Saiz
Kadar Terang